SEKARANG
NI DAH MACAM JADI TREND PULAK CERITA DARI BUKU CERITA DIFILEMKAN ATAU
DIDRAMAKAN. TAK PERLU AKU SEBUT DI SINI PASTI KORANG SEMUA TAU CERITA APA YANG
DIMAKSUDKAN. BAGI AKU BAGUS LA APA YANG DIBUAT OLEH PARA PENERBIT DAN PENGARAH
DRAMA & FILEM SEKARANG.
BUKAN
PASAL BUKU CERITA DIHIDUPKAN DI LAYAR PERAK MAHUPUN TV YANG INGIN AKU SENTUH
KAT SINI, TAPI BERKENAAN LAMBAKAN NOVEL-NOVEL MELAYU CINTA YANG BERADA DI
PASARAN. MACAM-MACAM NAMA PENULIS YANG KITA DAPAT KENALI DENGAN HANYA MEMBACA
NUKILAN MEREKA. NAMUN APA YANG INGIN AKU SENTUH DI SINI ADALAH ISI PENCERITAAN
DALAM HAMPIR KESEMUA NOVEL YANG AKU DAH BACA. RATA-RATANYA BERKISARKAN KISAH
CINTA UDA & DARA YANG MANA KALAU TAK UDA NYA ORANG KAYA MESTI DARANYA ORANG
BERADA, TAK SAH KALAU DI UDA MAHUPUN SI DARA TIDAK MEMILIKI HARTA BENDA YANG
BANYAK SAMPAI 7 KETURUNAN PUN TAK HABIS. DAH MACAM JADI TREND PULAK PENCERITAAN
SEPERTI INI. TREND YANG SEOLAH-OLAH TERIKUT-IKUT DENGAN LAMBAKAN DRAMA MELAYU
PADA MASA KINI.
MAAFKAN AKU WAHAI SEMUA PENULIS. BUKAN NIAT AKU NAK MENGUTUK MAHUPUN
MENGHINA HASIL KARYA PENULIS-PENULIS NOVEL SEKALIAN, NAMUN APA SALAHNYA JIKA
CERITA-CERITA CINTA TERSEBUT BERKISARKAN KISAH INSAN BIASA-BIASA SAHAJA.
BUKANNYA SEMUA YANG BERADA DI MALAYSIA NI MEMPUNYAI KISAH FAIRY TALE ALA2
CINDERALLA MAHUPUN BEAUY & THE BEAST. MASIH RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG
HIDUPNYA SERBA SEDERHANA. TIDAK PERLU PENCERITAAN YANG MENCERITAKAN KEKAYAAN
KELUARGA MASING-MASING TAPI LEBIH KEPADA KESEDERHANAAN HIDUP SESETENGAH
INDIVIDU. LAGI SATU TAK PERLU LAH NAK MENGGAMBARKAN BETAPA HENSEM ATAU CANTIKNYA
SI HERO & HEROIN.APA ORANG TAK HENSEM & TAK CANTIK BOLEH BERCINTA KE?
INI
ADALAH ANTARA SEBAB AKU BERALIH KEPADA BUKU NOVEL BAHASA INGGERIS YANG LEBIH
BANYAK MENCERITAKAN KEADAAN KEHIDUPAN SEBENAR DAN BUKANLAH ‘FAIRY TALE’.
CERITA-CERITA THRILLER, ADVENTEROUS, PENYIASATAN DAN MACAM-MACAM LAGI YANG
BOLEH MEMBUATKAN KITA LEBIH BERFIKIR DAN BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA. MUNGKIN
JUGA KERANA AKU INI SEDARI KECIL TELAH DIDIDIK UNTUK MEMBACA BUKU DI DALAM
BAHASA INGGERIS. ARWAH ABAH SANGAT MENEKANKAN BETAPA PENTINGYA ENGLISH
EDUCATION MAKA KAMI ADIK BERADIK MEMANG DARI KECIL DIAJAR UNTUK SENTIASA ‘BERKEPIT’
DENGAN BUKU-BUKU CERITA. KATANYA LAGI, MELALUI PEMBACAAN KITA DAPAT MENGENALI
BUDAYA, GAYA HIDUP, MENGUTIP PENGALAMAN DAN MELUASKAN PENGETAHUAN.
JADINYA
TUJUAN AKU MENULIS INI MEMANG TIDAK BERNIAT UNTUK MENGUTUK KARYA-KARYA PENULIS
TEMPATAN, TETAPI LEBIH KEPADA MEMBERI PENDAPAT YANG MUNGKIN BOLEH DIAMBIL KIRA.
LAGI SEKALI, AKU MOHON MAAF KEPADA SEMUA PENULIS DI LUAR SANA. SAYA AMAT
MENGAGUMI IMAGINASI SETIAP SEORANG PENULIS YANG BERJAYA MENGHASILKAN
KARYA-KARYA YANG SUNGGUH MENGASYIKKAN. INGIN SAYA TEGASKAN SEKALI LAGI TIADA NIAT
DI HATI INI UNTUK MENCERCA MAHUPUN MENGHINA KARYA KALIAN, INI CUMA PANDANGAN
PERIBADI SAYA SAHAJA.
ADIOS